fbpx

Lisa Surihani: Pelakon Baru Jangan Asyik Kejar Glamor

Bermula dari bawah sehingga kini menjadi isteri kepada Yusry KRU, Lisa Surihani selaku insan seni turut berkongsi pandangan tentang kehadiran pelakon baru yang semakin ramai ketika ini. Kata Lisa, kewujudan sosial media juga turut membantu pelakon baru untuk dikenali dengan lebih cepat.

BACA: Lisa Surihani Tidak Benar Peminat Ambil Gambar Anak

“Jika terlalu mengejar glamor, kita hanya mampu bertahan sementara. Saya tahu, populariti penting dalam mempengaruhi perjalanan kerjaya, tetapi jangan jadikan ia sebagai sasaran utama. Dalam meraih kejayaan sebagai pelakon, jangan lupa menghormati orang di sekeliling kita,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain itu, Lisa juga menyatakan bahawa populariti itu bukanlah sesuatu yang perlu dikejar sebaliknya ia akan datang dengan sendiri. Tambahnya, dia menerima kehadiran pelakon baru malah turut mengakui bahawa mereka boleh mencorak industri seni pada masa akan datang.

“Saya dulu menyertai industri hiburan kerana mahu belajar dan dalam masa sama, mencari sumber pendapatan. Tetapi perlu diingatkan, usah terlalu mengejar populariti kerana ia akan hadir dengan sendiri,” katanya. (rtky/s)