fbpx

Lisa Surihani Nafikan Laporan Sudah Bersalin

Macam macam cara orang lakukan di internet untuk menjadi cepat popular dan sebarkan berita palsu nampaknya menjadi pilihan ramai sejak akhir akhir ini. Selebriti antara yang sering menjadi popular taktik kotor ini.

Terbaru menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Lisa Surihani tampil menjelaskan satu khabar angin yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya kini sudah selamat bersalin — lengkap dengan gambar bayi pasangan itu lagi katanya.

BACA: Gambar Di Sekitar Majlis Baby Shower Lisa Surihani, Yusry KRU

“Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar. Walaupun headline ditulis dengan soalan, ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini”

Lisa Surihani Nafi Laporan Sudah Bersalin - ROTIKAYA

“Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa2, saya masih belum bersalin buat masa ini. Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar”

“Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya?” tulis Lisa Surihani yang tampil menjelaskan perkara sebenar.

Tidak manis sebenarnya untuk sebarkan perkara sebegini ini kerana ianya akan kelirukan rakan rakan dan ahli keluarga terdekat yang sememangnya menantikan berita baik dari pasangan ini. Kita doakan yang baik baik sahaja ya. (rtky/m)