fbpx

Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Kembar, Yusry Beri Hint

Ketika ini, Lisa Surihani yang dikaitkan dengan spekulasi kononnya dia bakal mendapat cahaya mata kembar, enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan meminta orang ramai mendoakan perkara baik terhadap kandungannya itu.

BACA: Lisa Surihani, Yusry Bakal Dapat Kembar?

Yusry-KRU-Bagi-Hint-Beraya-'Bertiga'-Di-Instagram---ROTIKAYA

“Kalau betul Alhamdulillah tapi kenyataan itu bukan saya yang buat, bagi pihak saya lebih baik kami tidak umumkan apa-apa”

“Saya terima apa juga yang Allah kurniakan dan saya harap orang ramai juga mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujar Lisa sambil mengakui mempunyai keturunan yang dilahirkan secara kembar termasuk dirinya kepada mStar Online.

Sementara itu, Yusry pula ada memuat naik gambar di laman sosial Instagram dan memberi bayangan terhadap spekulasi itu.

“Saya harap semua orang hormati keputusan kita, jika saya tidak mahu berkongsi tentang sesuatu sudah pasti ada sebab tertentu dan masa yang tidak sesuai”

“Tapi saya rasa Yusry ada bagi hint dalam Instagram dia semalam tentang perkara ini,” ujar Lisa yang menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu. (rtky/syfq)