fbpx

Linda Jasmine Akui Manjakan Anak-Anak

Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine mengakui memanjakan anak-anak terutama anak perempuannya Ratu, 5 dan Cleopatra, 3 kerana sayangkan mereka dan sering memenuhi kehendak anak-anaknya kerana sudah lama memasang impian untuk memiliki anak perempuan.

“Sebenarnya memang saya manjakan mereka kerana mereka anak perempuan dan anak lelaki saya pula sudah besar. Sebelum kahwin dengan Que, impian saya memang mahukan anak perempuan, Alhamdulillah saya dikurniakan dua anak perempuan dan mungkin sebab itu, saya selalu memenuhi kehendak mereka,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Linda, dia tidak boleh melihat aksesori kanak-kanak dan pasti akan membeli buat anak perempuannya tanpa berfikir panjang namun dia tidak mendedahkan mereka dengan penggunaan gajet seperti telefon pintar atau komputer.

“Apabila lihat saja benda yang comel dan cantik pasti saya akan beli untuk mereka berdua. Setakat ini untuk pengunaan gajet, saya tidak benarkan dan mereka juga tahu dengan peraturan yang saya buat terhadap mereka,” katanya. (rtky/s)