fbpx

Lima Selebriti Yang Perlu Luahkan Apa Yang Terbuku Di Hati Musim Raya Ini

Setiap kali tibanya musim perayaan terutamanya sambutan Aidilfitri, tidak dinafikan ucapan maaf sering kedengaran dan saling dipinta antara sesama kita. Namun, dalam sedar atau tidak ada satu ungkapan yang perlu diucapkan untuk menghargai mereka yang wujud dalam hidup kita.

Entah kenapa ‘kan kita hidup dalam masyarakat yang sebenarnya banyak memendam rasa dari meluahkan apa yang dirasa. Mungkin kerana takut, mungkin kerana merasakan ianya tidak perlu. Kami sendiri kadang kadang lebih suka berdiam walaupun tahu ianya perlu.

Seperti kata Sharifah Shahira, kita mungkin sudah terbiasa dengan dikelilingi orang tersayang sehingga berasa terlalu selesa atau lebih malu untuk meluahkan kata kata menghargai diri mereka sekali sekala. Oh come on, apalah erti sayang tanpa kata.

Dan mungkin juga kita sering dibesarkan dalam keluarga yang jarang meluahkan kata sayang dan penghargaan, jadi seakan segan apabila sudah besar.

Sejak beberapa hari lalu, ada hashtag #KataTakTerkata yang mula menjadi trending di laman sosial di mana ramai mula meluahkan apa yang terbuku di hati untuk insan tersayang — apa kata kita mulakan dari situ, biar mereka tahu mereka dihargai.

1. Harith Iskander

284830

Harith Iskander mungkin merasa mudah untuk buat kita bergelak ketawa dengan jenaka beliau yang memang hebat namun tahukah anda yang Harith Iskander masih punya perasaan untuk diluahkan kepada yang tersayang?

Menerusi hashtag #KataTakTerkata, beliau tweet satu mesej khas untuk yang tersayang malah dalam bentuk kaligrafi.

2. Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Sekitar-Majlis-Sanding-Hanis-Zalikha-Hairul-Azreen-ROTIKAYA_feat-700x465

Satu Malaysia tahu yang mereka sudah selamat melangsungkan perkahwinan baru baru ini dan tahukah anda yang Hairul Azreen sudah menyimpan perasaan terhadap Hanis Zalikha bertahun lamanya namun tetap sabar menanti cintanya diterima. Hanis Zalikha memang insan yang bertuah.

3. Datuk Siti Nurhaliza

siti

Menjadi yang nombor satu bukan mudah buat Datuk Siti Nurhaliza dan beliau miliki seorang lelaki yang berjiwa besar selain mampu menepis semua dugaan bersama sepanjang perkahwinan. Lelaki seperti suaminya, Datuk K memang sukar dicari di zaman ini.

Kenapa tidak ucapan khas TERIMA KASIH sempena raya ini?

4. Lisa Surihani

lisa-surihani-dan-ibunya-siti-amira

Jika anda mengikuti perkembangan kerjaya Lisa Surihani sejak awal sehingga hari ini, pasti anda akan perasan akan penglibatan ibunya yang sentiasa di sisi dari mula bertapak sehinggalah berjaya menjadi buah hati rakyat Malaysia hari ini.

Ibu memang permata yang tidak akan terganti dengan apa pun di atas dunia ini, seperti kata kata kaligrafi #KataTakTerkata Lisa Surihani ini.

/calligraphy image goes here/

5. Sharifah Shahirah

Pelakon komedi wanita kesayangan ramai, Sharifah Shahirah pun tidak mahu lepaskan peluang ikuti trend #KataTakTerkata sempena musim raya ini untuk meluahkan sesuatu buat ibu tersayang. Tersentuh kami melihat kaligrafi yang dihasilkan. Oh tiba tiba rindukan ibu di kampung.

Siapa lagi yang anda rasa perlu meluahkan apa yang dirasa dalam hati sempena musim perayaan ini? Mungkin diri anda sendiri, jom luahkan perasaan anda terhadap mereka yang tersayang musim raya ini dengan hastag #KataTakTerkata dan sama sama kita sebarkan kasih sayang. Cewah!