fbpx

Levi’s® Meraikan Gemilang 140 Tahun Jenama 501®

Sedar atau tidak oleh sesiapa, Levi’s® 501® telah pun berusia 140 tahun dan dengan usia sebegini bukan satu perkara asing untuk mengaitkan ikon pakaian ini dengan sejarah fesyen dunia.

Bermula sebagai pakaian keperluan untuk kerja berat sehinggalah menjadi pilihan barisan selebriti, filem Hollywood sehingga ke Presiden USA sendiri, tiada yang lebih bergaya & ikonik berbanding jeans biru Levi’s® 501®.

Dan, Levi’s® 501® kembali dengan penampilan yang lebih segar sesuai dengan gaya hidup masa kini — termasuk diri anda.

Levi's 501 - heritage

Untuk meraikan gemilang 140 tahun jenama 501®, Levi’s® telah memulakan pengumpulan gaya dari peminat jeans ikonik ini dari seluruh dunia melalui sebuah laman web khas.

Beberapa jemputan khas dari kalangan mereka yang cintakan fesyen telah di’jemput untuk menjayakan kempen ini dan anda juga di’jemput untuk menghantar intrepetasi gaya Levi’s® 501® melalui levis501.com.

Perkenal Koleksi Bukan Denim Levi’s® 501® Pertama

Bersempena meraikan 140 tahun Levi’s® 501®, barisan koleksi bukan denim di’perkenalkan buat pertama kali yang masih mengekalkan identiti fesyen & bahasa universal 501®.

Rekaan moden pada koleksi bukan denim Levi’s® 501® kelihatan dengan elemen menampakkan bayangan tubuh badan si pemakai lebih mampat, lebih selesa di bahagian pinggang, kocek lebih besar untuk memuatkan telefon pintar terkini — elemen yang penting di zaman sekarang ini.

Jika anda tanyakan kepada kami yang merupakan peminat tegar jeans Levi’s® 501®, koleksi bukan denim jenama ini memang satu tambahan penting untuk gaya harian — tidak melampau jika kami katakan ianya mampu mencuri ruang simpanan tetap dalam almari anda.

Memetik kata kata Presiden Jenama Levi’s®, James Curleigh dalam satu majlis meraikan 140 tahun Levi’s® 501® di’sekitar anugerah Grammy baru baru ini — bila seseorang mencari sesuatu dalam almari, ada satu satu tempat yang selalu dicapai & Levi’s® berjaya temui tempatnya dalam almari ramai orang.

http://vimeo.com/60014613

Koleksi bukan denim Levi’s® 501® sudah boleh didapati di kedai kedai bermula Februari 2013 yang pada harga antara RM299 hingga RM399 — dan pastinya rekaan klasik Levi’s® 501® untuk menambah koleksi anda.

Inginkan informasi yang terbaru berkaitan Levi’s® 501®, anda wajar ikuti perkembangan mereka di Facebook facebook.com/levis & melalui Twitter (@LevisMY) atau laman web rasmi mereka www.levi.com.my :)

Levi's 501 - San Francisco Contest

Seperkara lagi, Levi’s® Malaysia telah menjalankan satu peraduan khas di’mana anda kini berpeluang untuk memenangi percutian untuk dua orang ke bumi kelahiran Levi’s® 501® iaitu San Francisco, USA — berserta baucer membeli belah. Untuk maklumat lanjut, layari levi.com.my.