fbpx

“Lepas Kahwin, Tanya Pula Bila Nak Dapat Anak”

Tidak mudah menggelabah dengan pelbagai soalan, Amyra Rosli menjelaskan dia tidak dapat lari daripada soalan mengenai zuriat. Bagaimanapun pelakon wanita ini menyatakan tidak tertekan dengan pertanyaan sebegitu.

BACA: Amyra Rosli Tak Kekok Timang Anak Di Usia Muda

“Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah. Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan”

“Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah,” kongsi isteri Amar Baharin ini lagi kepada Harian Metro.

Tambah Amyra, kehidupan bergelar isteri membuatkan dirinya belajar perkara yang baru hampir setiap hari malah ibunya juga dalam masa yang sama turut membantu dan memberi semangat dalam menjalani kehidupan berkeluarga. (rtky/s)