fbpx

Lelaki Teragung Rangkul Juara Anugerah Juara Lagu Ke 31

Lagu Lelaki Teragung yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah ciptaan Natasyah dan penulis lirik Iman Imran telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-31 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala Naib Juara jatuh kepada Hafiz dan Misha Omar yang membawa lagu berjudul Terimaku Seadanya hasil sentuhan sepenuhnya oleh Ajai. Hasil kemenangan tersebut berjaya melayakkannya mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.

Di tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Projector Band yang membawa lagu berjudul ‘Sudah Ku Tahu’ ciptaan sepenuhnya oleh Razif dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Dalam pada itu, bagai menepati ramalan apabila penyanyi Dayang Nurfaizah sekali lagi berjaya mempertahankan kategori vokal terbaik untuk 3 tahun berturut-turut menerusi lagu berjudul ‘Lelaki Teragung’ dan turut berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 dan sebuah trofi.

Kategori persembahan terbaik pula jatuh kepada Khalifah dengan lagunya yang berjudul ‘Hang Pi Mana’. Kemenangan bagi kategori persembahan terbaik melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi. (rtky/h)