Oleh RotiKaya Staff pada
27 February 2012, 1:02AM

Ini kisah kelakar tetapi serius buat tatapan anda semua di hari Isnin nan indah. Bagaimana hujung minggu anda semua, sudah pergi menonton Adnan Sempit 2?

Utusan Malaysia hari ini menulis yang seorang gadis berusia awal 20-an menerima beberapa siri hadiah misteri sejak dua minggu yang lalu di’kediaman beliau.

Hadiah dari lelaki misteri tersebut termasuk’lah seluar dalam, foto lelaki, nota ringkas cinta & juga tiga ekor ayam hidup sebagai klimaks peristiwa pelik ini.

Nota cinta pada awal’nya tertulis nama Diana Danielle kerana lelaki tidak mengetahui nama wanita muda tersebut. Ada teori mengatakan yang lelaki tersebut menaruh minat akan wanita muda ini dan menulis nama Diana Danielle sebagai gelaran. 

Namun, pada nota cinta terakhir, baru’lah si lelaki ini perasan yang wajah gadis muda ini lebih mirip kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei.

Gambar ihsan ON-D-SCENE dan anda juga boleh baca kisah yang sebenar’nya tiada kaitan langsung dengan Diana Danielle ini di’sana.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...