fbpx

Lee Kwang Soo Sahkan Sertai Running Man Ke Malaysia November Ini

Berita baik buat peminat Lee Kwang Soo dalam program variasi TV popular Korea, Running Man selepas jejaka yang popular dengan gelaran pengkhianat dalam program itu mengesahkan bakal hadir bersama empat rakan lain ke Malaysia pada 1 November ini.

Sebelum ini hanya empat anggota rancangan realiti popular itu iaitu Kim Jong Kook, HaHa, Song Ji Hyo dan Jee Seok Jin mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat yang dinamakan Race Start Season 2 In Malaysia.

Kehadiran Lee Kwang Soo kali kedua ke Malaysia ini pastinya akan menarik lebih ramai peminat untuk hadir sama berhibur dengan barisan anggota Running Man yang lain.

Screen Shot 2014-10-20 at 1.16.48 PM

Kepada anda yang masih belum mempunyai tiket, jualan masih dibuka sehingga 23 Oktober 2014 dan tiket-tiket yang dijual pada harga RM729 (VIP), RM499 (Cat 1), RM429 (Cat 2), RM299 (Cat 3) dan RM199 (Cat 4). Maklumat lanjut layari facebook.com/OneHD. Jom!