fbpx

“Lebih Baik Kami Tak Berlakon Bersama”

Setelah puas berteka teki mengapa pasangan yang digilai peminat ini tidak mahu berlakon bersama dalam drama terbaru, akhirnya Fattah Amin sendiri tampil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

BACA: Fazura Sedia Berganding Dengan Fattah Amin

“Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat”

“Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang. Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula,” jelasnya kepada Utusan Online.

Sementara itu, dalam drama baru tersebut, watak Neelofa akan digantikan dengan Fazura. Malah kata Fazura sendiri, dia sedia bergandingan dengan Fattah. Mungkin lepas ini ada hashtag #FazFattah mungkin? Sedap juga bunyinya. (rtky/s)