fbpx

Laporan Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

Mahu tidak berdebar hati kami apabila ada mereka Twitter yang menyebut pelakon watak jahat kegemaran ramai, Sofi Jikan telah meninggal dunia awal pagi ini kerana jangkitan demam denggi.

Sofi Jikan yang baru sahaja memenangi anugerah Watak Jahat Terhebat di Anugerah Blockbuster 2 hujung minggu di’khabarkan telah masuk ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi.

Namun laporan awal yang di’keluarkan oleh Oh! Artis itu nyata hanya salah faham apabila maklumat terbaru mengatakan yang meninggal dunia adalah adik kelima kepada Sofi Jikan.

Nyata laporan dan panik orang ramai di laman sosial tidak berasas dengan pengesahan ini. Kami ucapkan takziah kepada Sofi Jikan dan seisi keluarga atas kehilangan insan tersayang. al-Fatihah.