fbpx

Lanun Cetak Rompak Mula Jual VCD KL Gangster 2, Hanya RM5 Sekeping

Selepas filem KL Gangster 2 di’sebarkan ke internet oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kini lanun VCD cetak rompak pula menyertai pesta meratah filem arahan Syamsul Yusof ini.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang sudah ada pengedar VCD cetak rompak menjual salinan KL Gangster 2 secara haram kepada orang ramai & hanya di’jual dengan harga RM5.

“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” ujar seorang peniaga VCD yang mengakui filem KL Gangster 2 merupakan barang panas ketika ini.

Penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam yakin yang mereka di’sebalik penyebaran filem KL Gangster 2 ini mempunyai kaitan & telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” kata Yusof Haslam.

http://www.youtube.com/watch?v=J_SmpTSRMwc