fbpx

Rasanya bukan Fizo Omar seorang sahaja yang mengidamkan untuk menyarung jeans Levi’s® ketika zaman muda remaja — ianya satu jenama idaman semua orang.

Bercakap dalam satu majlis memperkenalkan koleksi bukan denim pertama Levis® 501® di Bangsar baru baru ini, Fizo Omar mengakui yang beliau mengenakan jeans Levi’s® sejak di bangku sekolah lagi.

“Selain selesa untuk di’pakai, saya sukakan jeans Levi’s® kerana ia mudah di’gayakan untuk apa apa situasi sekali pun”

Jenama Levi’s® akan menyambut ulangtahun ke 140 menjelang musim Bunga/Panas 2013 ini untuk jeans ikonik 501® dengan memperkenalkan koleksi Levi’s® 501® bukan denim buat julung kalinya.

Walaupun berganjak daripada tradisi denim, koleksi bukan denim Levi’s® 501® ini masih mengekalkan identiti produk & boleh di’dapati dalam rona true chino, chalk blue dan mineral red.

#01 Levi's Jadi Pilihan Fizo Omar Sejak Zaman Remaja - ROTIKAYA

Dalam majlis yang sama, Fizo Omar turut memberikan beberapa cadangan fesyen peribadi yang beliau rasakan sesuai di’kenakan oleh lelaki masa kini termasuk berani untuk bereksperimen dengan warna.

“Lelaki sekarang lebih berani untuk bermain dengan warna lembut sebagai contoh merah jambu & saya sendiri suka untuk gayakan rona tersebut untuk tampil lebih yakin”

Sesuai dengan apa yang di’perkatakan oleh Fizo Omar, rekaan terkini Levi’s® 501® kerap beransur ubah dan diadaptasikan mengikuti perubahan setiap generasi baru tanpa menjejaskan identiti warisannya yang tersendiri.

#02 Levi's Jadi Pilihan Fizo Omar Sejak Zaman Remaja - ROTIKAYA

Rekaan moden pada koleksi bukan denim Levi’s® 501® kelihatan dengan elemen menampakkan bayangan tubuh badan si pemakai lebih mampat, lebih selesa di bahagian pinggang, kocek lebih besar untuk memuatkan telefon pintar terkini — elemen yang penting di zaman sekarang ini.

Koleksi bukan denim Levi’s® 501® boleh didapati di kedai-kedai bermula Februari 2013 pada harga antara RM299 hingga RM399. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Facebook Levi’s®.