fbpx

Lana Nodin Bakal Berkahwin 15 Mei 2015

Selepas berteka teki dengan para peminat dan pihak media, Lana Nodin dalam satu sidang akhbar khas petang ini mengumumkan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya Mohd Daud Mc Kienzie Bin Abdullah pada 15 Mei 2015 ini.

David Mc Kienzie atau nama Islam beliau Mohd Daud McKienzie Abdullah merupakan seorang jejaka yang berasal daripada Amerika Syarikat serta merupakan pemain bola tampar di peringkat sukan Olimpik.

Majlis mereka akan berlangsung sepenuhnya di Hotel Istana, Kuala Lumpur yang terdiri dari majlis malam berinai, bernikah sehinggalah ke majlis persandingan kedua dua bakal mempelai ini. Tahniah kami dahulukan! (rtky/hfz)

Sedang dikemaskini…