fbpx

Lana Nodin Terima David Kerana Miliki Pengetahuan Islam Luas

Dalam satu sidang akhbar semalam, Lana Nodin telah pun mendedahkan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan beliau yang berasal dari Amerika Syarikat bernama David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie.

Bakal mengadakan semua majlis perkahwinan beliau di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 15 Mei ini Lana Nodin mendedahkan yang pengetahuan mendalam David terhadap Islam menjadi faktor kenapa beliau memilih jejaka itu sebagai bakal suaminya.

BACA: Johan As’ari Doakan Kebahagiaan Lana Nodin Bersama Bakal Suami

“Semasa di awal perkenalan kami saya sudah menegaskan kepadanya bahawa sekiranya dia ingin mengahwini saya dia perlu menukar agamanya. Bagaimanapun saya pula yang terkejut kerana dia mengetahui perkara itu selain memberikan penjelasan lain tentang Islam dan membuatkan saya terpaku dengannya,” ujar Lana Nodin ketika ditemubual media.

Lana turut memberitahu bahawa David tidak merokok dan tidak gemar untuk bersosial. Selain itu, perkahwinan mereka ini dipercepatkan kerana Lana mahu ikatan mereka dihalalkan dan senang untuknya bergerak ke mana-mana bersama David selepas ini.

“Saya suka tentangnya apabila dia tidak merokok dan tidak suka bersosial. Apabila kami sudah sah bergelar suami isteri saya bebas untuk mengikut David ke mana-mana tanpa perlu berasa risau tentang tanggapan negatif masyarakat terhadap kami. Secara tidak langsung perkahwinan ini membersihkan nama saya dan keluarga. Lagipun, tidaklah ibu saya terus bimbang dengan siapa saya berkawan,”ujarnya.

Bakal Kembangkan Karier Lakonan Ke Hollywood Selepas Kahwin

Sementara itu, Lana memberitahu akan meninggalkan karier lakonan sekiranya perlu berbuat sedemikian kerana ingin memberikan keutamaan pada bakal suaminya itu kelak. Malah mungkin akan mengembangkan karier lakonannya di Hollywood.

“Saya mungkin akan kembangkan karier lakonan saya di Amerika Syarikat sekiranya berpeluang kerana David juga mempunyai kenalan yang bekerja dalam bidang perfileman Hollywood. David bercadang mahu memperkenalkan saya dengan rakannya menguruskan agensi pencarian bakat kepada pelakon-pelakon baru untuk bertapak di Hollywood”

“Apapun semua itu bergantung pada rezeki, katanya mengakui akan berbulan madu di Seth, Amerika Syarikat,” tambahnya. (rtky/hfz)