fbpx

Lana Nodin Sedia Untuk Tambah Anak

Selepas melahirkan anak sulung mereka, Gia Quinn McKienzi pada awal tahun lalu, kini Lana Nodin dan suami sudah merancang untuk menambah ahli keluarga mereka. Selain dapat memeriahkan lagi suasana, Lana memaklumkan bahawa suaminya teringin untuk memiliki cahaya mata lelaki pula supaya nama keluarganya, McKienzie dapat diwariskan kepada anak lelaki.

BACA: Lana Nodin Belum Mahu Kongsi Gambar Anak

“Suami selalu cakap dia nak anak lelaki pula. Bukan apa, dia anak tunggal lelaki, jadi kalau boleh suami mahukan waris anak lelaki pula supaya boleh membawa nama McKienzie. Jadi dia mahu merancang mendapatkan seorang lagi anak tahun depan. Tambahan pula, Gia sekarang sukakan kanak-kanak. Kalau dia melihat anak kecil lain, dia menjerit”

“Kasihan juga sebab di rumah dia tak ada kawan melainkan saya dan suami. Selama ini anak rapat dengan saya, malah saya dan suami juga tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Pendek kata, Gia 24 jam bersama saya. Walaupun agak letih, tapi saya puas dapat mengurus dan membesarkan anak dengan tangan sendiri,” katanya kepada portal My Artis.

Tambah Lana lagi, sering bersama anaknya sepanjang masa membuatkan beliau menyedari pengorbanan seorang ibu membesarkan dan menguruskan anak-anak. Tidak menggunakan khidmat pembantu rumah, Lana lebih selesa dan puas menjaga anaknya serta melihat pembesaran beliau di depan mata walaupun kehidupan sehariannya keletihan melayan kerenah anak.

Walau apapun, bak kata orang anak-anak itu pembawa rezeki kepada keluarga. Semoga keluarga Lana akan terus berbahagia dengan penambahan cahaya mata tidak lama lagi. Malah Gia juga sudah besar, bolehlah bermain-main dengan adiknya nanti. (rkty/w)