fbpx

Dan, sekarang mesti dalam fikiran anda tertanya tanya kenapa asyik Singapura terima kunjungan nama nama besar? Tanya ekonomi.

Selepas Foo Fighters membatalkan konsert mereka di’sana hujung minggu ini (#bwahaha!), peminat hiburan di Singapura terima berita baik dari Lady Gaga.

Lady Gaga di’jadual mengadakan konsert di Singapura bersempena dengan jelajah Born This Way Ball pada 28 May 2012 ini.

Konsert yang pada awal’nya hanya di’jadual berlangsung untuk satu malam telah mendapat lampu hijau untuk kedua keesokan hari 29 May 2012. Back to back.

Konsert selama dua malam itu akan di’adakan di Singapore Indoor Stadium dan seperti biasa Lady Gaga di’jangka menyampaikan lagu lagu hits beliau dari album terdahulu dan yang terkini. 

Tiket konsert ini yang bermula dari RM260 (S$108) sudah mula di’jual bermula hari ini melalui Sistic. Belanja kami sepasang dua boleh? Heh.