fbpx

Lady Gaga Batalkan Konsert Di Indonesia Atas Alasan Keselamatan

Kemenangan untuk serbanista di Indonesia kami kira. Lady Gaga telah mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke Indonesia untuk konsert khas beliau.

Keputusan ini sebenarnya sesuatu yang mengejutkan bukan sahaja untuk peminat tetapi juga penganjur yang terpaksa berhadapan dengan kritikan peminat Lady Gaga.

Michael Rusli, CEO Big Daddy yang bertindak selaku penganjur berkata mereka kecewa dengan keputusan Lady Gaga tetapi memahami alasan beliau yang risaukan keselamatan.

Konsert Lady Gaga yang di’jadualkan berlangsung di Jakarta pada 3 Jun ini telah berjaya menjual kesemua tiket yang ada & penganjur berjanji memulangkan duit untuk semua 50,000 tiket.

Lady Gaga, mari cuba Malaysia. Mari.