fbpx

Kris Dayanti Sahkan Hamil Anak Kedua Bersama Raul Lemos

Rasanya baru sahaja pasangan bahagia ini menyambut kelahiran anak pertama mereka sekitar September 2011 yang lalu & kini mereka ada berita gembira untuk semua peminat.

Kris Dayanti dan Raul Lemos tidak dapat menyembunyikan berita gembira apabila di’tanya pihak media tentang khabar angin mengatakan mereka bakal menimang cahayamata kedua.

Kedua dua mereka di’temui pihak media ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Anang Hermansyah & Asyanti yang berlangsung di’sebuah hotel mewah Jakarta.

“Alhamdulillah, anak kami Amora, sebentar lagi akan punya adik,” ujar Raul Lemos yang di’temui dan turut mengakui yang kandungan isteri’nya sudah masuk bulan yang kedua.

Agak cool juga apabila bekas isteri dengan tidak berasa janggal untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas suami. Tahniah buat Raul Lemos & Kris Dayanti.