fbpx

Konsert 2NE1 Di Stadium Malawati Dibatal Kerana Masalah Teknikal

Nampaknya sebuah konsert yang menjadi salah satu yang di’nanti hujung tahun ini telah di’batalkan kurang sebulan dari tarikh sepatutnya konsert ini berlangsung.

Pihak penganjur, Running Into The Sun melalui Facebook hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pembatalan konsert 2NE1 yang di’sebabkan oleh masalah teknikal ini.

2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia di’jadualkan berlangsung pada 8 Disember 2012 ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Penganjur berkata masalah teknikal timbul ketika persiapan untuk konsert mereka di’lakukan & demi menjaga keselamatan ketika penganjuran konsert, ianya harus di’batalkan.

Kepada para peminat yang telah membeli tiket ke 2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia, pihak penganjur akan mengumumkan mekanisme pemulangan wang untuk tiket yang telah di’beli tidak lama lagi menerusi laman Facebook mereka www.facebook.com/runningintothesun.