fbpx

“Kita Tabur Duit Pun Tak Bahagia Juga”

Pernah melalui tiga kali penceraian, Datuk Seri Vida melalui temubual khas bersama Utusan Malaysia baru baru ini berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berhadapan dengan situasi sebegini.

BACA: Datuk Seri Vida Serik Untuk Kahwin Lagi

Apa yang menarik, di dalam temubual tersebut juga usahawan wanita berjaya ini juga turut menyatakan pandangannya terhadap kemampuan wang dalam membeli kasih sayang – berdasarkan latarbelakangnya yang ramai sudah mengetahui adalah wanita berkerjaya dan juga memegang gelaran jutawan.

“Pada saya boleh juga hendak beli. Tetapi bahagia yang subjektif. Bahagia rumah tangga, ada orang boleh beli, tabur duit jadi bahagia. Tetapi sekarang ni, kita tabur pun tak bahagia juga, macam mana tu?”

“Cuma ia mengajar saya, lain kali carilah pasangan yang sekufu dengan kita, itu pengajaran buat saya,” katanya kepada akhbar tersebut. Malah menurut Datuk Seri Vida, dia sendiri tidak pernah serik untuk membina rumahtangga yang baru.

Sementara itu, bagi mengubat rasa hati yang sedang bersedih ketika ini, Datuk Seri Vida pastinya memilih untuk membeli belah, sekurang kurangnya dia dapat terus laju bergerak ke hadapan demi mengharungi kehidupan.

“Oho, sudah tentulah dengan membeli-belah. Lagi banyak beli, lagi sejuk hati tu. Tetapi yang lebih penting lagi, malam-malam saya akan bermunajat. Saya jenis tidur lewat. Tidur sekejap, bangun balik untuk bermunajat kepada Allah”

“Saya adu segala-galanya kepada Dia, kemudian saya akan tidur semula selepas subuh. Sehari saya cuma tidur lima jam sahaja. Tetapi peliknya, kalau orang lain tak tidur kurus, tetapi saya tetap macam ni….Hahaha!,” kongsinya lagi kepada akhbar tersebut.