fbpx

Kisah Samseng Yang Mahu Insaf Dalam ‘Amir Dan Loqman Pergi Ke Laut’

Selalu kita disajikan dengan kisah kehidupan gelap gangster atau samseng dalam filem filem yang sebelum ini tetapi bagaimana pula jika ada samseng yang terbuka hatinya untuk keluar dari segala kemelut sebagai ahli kumpulan kongsi gelap dan menjalani kehidupan biasa?

Itulah persoalan yang ingin dibawakan oleh Mamat Khalid menerusi filem terbaru beliau berjudul Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang akan menemui para peminat filem tempatan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 September ini.

IMG_8110

Amir & Loqman Pergi Ke Laut membariskan nama nama hebat seperti Shuib, Shuk Balas, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie, Kuni, Nadia Mustafar, Kazar dan Rashidi Ishak.

Ianya mengisahkan sepasang sahabat baik Amir dan Loqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gangster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil seperti kedai kredit kerana perlu membayar RM30,000 seorang sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

IMG_9038

Cubaan mereka selalu gagal dek sifat mereka yang lurus bendul malah tak pernah tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah. Namun, mereka tetap memasang impian untuk membuka sebuah kafe di tepi laut sebaik sahaja berjaya keluar daripada kumpulan gangster tersebut.

Menarik untuk kita semua ketahui sama ada berjaya Amir & Loqman mengumpul RM30,000 untuk keluar dari kehidupan gelap mereka dan membina hidup baru. Wajib untuk anda semua ke pawagam berhampiran pada 25 September ini. Jom!

IMG_0137

Maklumat lanjut berkaitan Amir & Loqman Pergi Ke Laut di astrogempak.com.my/amirdanloqman