fbpx

Kini Kucing Pun Boleh Tunaikan Impian Anda Untuk Jadi Happy

Setiap yang bernafas di atas muka bumi Tuhan ini layak untuk menikmati nikmatnya gembira atau happy, orang kampung kami kata. Tetapi, bukan selalu yang kita inginkan menjadi kenyataan.

Namun ketika ini, seakan satu fenomena di laman sosial apabila orang ramai mula mengirimkan impian mereka untuk menjadi gembira menerusi #KucingHappy — apa cerita luah perasaan dan impian hidup kepada kucing?

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Elizabeth Tan juga tidak terkecuali dari mengirimkan impian beliau kepada #KucingHappy bagi menghappykan cita cita untuk menyanyi sebuah lagu untuk peminat BSN yang seterusnya ditunaikan dengan segera.

Rupa rupanya BSN Malaysia ketika ini sedang menjalankan kempen untuk menggembirakan rakyat Malaysia atau happy menerusi #KucingHappy & anda juga sebenarnya boleh turut serta — mana tahu impian anda akan di-happy-kan.

Semua ini dilakukan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 40 BSN Malaysia dan mereka ingin menyemarakkan semangat gembira ke seluruh Malaysia menerusi #KucingHappy.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh #KucingHappy, 99% rakyat Malaysia memasang impian untuk berasa gembira 24 jam setiap hari. Yang lagi 1% kami sendiri tidak faham kenapa memilih untuk bermain layang layang, mungkin kerana minat mendalam #LOL.

Anda boleh hantarkan hajat dan keinginan anda untuk gembira menerusi #KucingHappy di laman sosial Instagram, Facebook atau Twitter mulai hari ini dan kakitangan #KucingHappy akan berusaha untuk membuatkan anda gembira dengan keinginan anda. Jangan malu untuk mencuba.

Jika Elizabeth Tan pun mampu happy dengan impian beliau menerusi #KucingHappy, apatah lagi anda yang pastinya mempunyai lebih dari sekadar impian untuk menjadi gembira saban hari. Maklumat lanjut menerusi laman rasmi sempena ulangtahun ke-40 BSN Malaysia. Jom!