fbpx

Kilafairy Tidak Mahu Dilabel Artis Kontroversi

Terpalit dengan kontroversi baru-baru ini, pelakon Kilafairy dilihat seakan mengambil pendekatan untuk berdiam dan tidak terlalu menonjolkan diri, mungkin untuk meredakan keadaan.

BACA: Demi Keselamatan, Kilafairy Dipantau Pihak Tertentu

“Sebenarnya saya masih aktif dalam lakonan. Berikutan kontroversi itu, saya memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan sebab bagi saya itu lebih mudah. Saya selesa dengan keadaan saya, lebih tenang”

“Dan saya tidak mahu terlalu dikenali dengan kontroversi, lagi pun saya mahu lebih lama dalam industri ini,” jelasnya kepada Utusan Malaysia selain mengakui mengakui kurang senang apabila terdapat beberapa pihak turut mengaitkan ibunya apabila cerita kurang enak mengenainya timbul.

“Saya memang tidak selesa bila ada yang mengaitkan mama dalam hal ini. Tapi sebagai selebriti, saya terpaksa terima kerana kami berdua memang ada di dalam industri ini dan tidak boleh lari daripada terkena tempias kontroversi,” katanya. (rtky/s)