fbpx

Khairy Jamaluddin Tewaskan Aaron Aziz

Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin telah berjaya menewaskan pesaing terdekatnya, Aaron Aziz dalam kategori Wired Celebrity Award di malam kemuncak Shout! Awards 2013. Kemenangan tersebut adalah tidak dijangkakannya kerana melihatkan persaingan dan pengaruh artis-artis yang bertanding itu amat besar.

“Saya tidak menyangkakan kemenangan berpihak kepada saya ini kerana persaingan hebat-hebat belaka,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa ibunya adalah merupakan inspirasi dalam kejayaanya kini.

“Ibu saya merupakan inspirasi saya selama ini dan kejayaan saya datangnya dari berkat doa ibu”

Sementara itu, beliau memuji bahawa acara Shout! Awards 2013 adalah merupakan acara muzik yang terbaik. Walaubagaimanapun, hanya sedikit sahaja sesi temuramah bersamanya kerana beliau terpaksa bergegas ke lokasi yang lain kerana mempunyai tugas. (rtky/hfz)