fbpx

Khairul Fahmi Che Mat Nafikan Persiapan Kahwin Jadi Punca Kalah

Kekalahan pasukan Malaysia kepada Singapura hujung minggu lalu menjadi sesuatu yang tidak dapat di’terima peminat bola sepak Malaysia. Soalan, salah siapa?

Ada pihak yang menuding jari ke’atas kedegilan jurulatih K Rajagopal & tidak kurang juga mereka yang mendakwa prestasi hambar Khairul Fahmi Che Mat menjadi punca.

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menepis (nampak?) dakwaan yang mengatakan persiapan perkahwinan beliau mengganggu tumpuan dan fokus kepada perlawanan.

Namun, Apek hair ini dengan hati terbuka mengakui yang beliau merupakan punca kekalahan besar Malaysia kepada Singapura pada saingan kumpulan Piala Suzuki AFF 2012 itu.

“Saya bertanggungjawab ke atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Namun, ia tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya,” ujar Apek kepada Kosmo! hari ini.

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) bakal berkahwin dengan Leuniey Natasha pada 28 Disember ini & kisah perkahwinan mereka menjadi tumpuan setaraf dengan perkahwinan selebriti. Heh.

Gambar Ihsan: The Photolicious