fbpx

Kevin Zahri Sedia Bantu Abam Bocey Untuk Sihat

Ucapan kemenangan oleh Abam Bocey selepas berjaya meraih gelaran Pelakon Komedi Lelaki Popular mendapat perhatian ramai dalam beberapa hari ini selepas beliau menamatkan ucapan tersebut dengan baris ayat Gemuk Is Awesome.

Dan, kaki debat di internet pun mula memberikan pandangan masing masing tentang ayat tersebut termasuklah mereka yang menyokong dan tidak kurang juga membalas yang gemuk itu sebenarnya tidak sihat — walau apa jua alasan.

BACA: Buat Kejutan, Abam Bocey Buktikan Individu Gemuk Juga Boleh Berjaya

Personaliti yang juga bergelar Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri tampil memberikan pandangan tersendiri tentang isu ini. Beliau menulis yang Abam Bocey mengingatkan dirinya kepada arwah Bob Kuman yang pernah datang meminta bantuan menurunkan berat badan.

“Allahyarham (Bob Kuman) berhubung dan berjumpa dengan saya untuk kurangkan berat badan dalam 1 tahun sebelum kembali ke rahmatullah tapi pada masa tersebut keadaan kesihatan sudah pun mengganggu pergerakan dan gaya hidup beliau. Abam Bocey, walaupun masih muda, faces a different challenge,” tulisnya di Facebook hari ini.

Kevin Zahri mengakui cabaran yang bakal dihadapi Abam Bocey sekiranya beliau mahu berubah selepas popular dengan imej berbadan besar ini lebih lebih lagi kini sudah menjadi pengasas kepada kata kata Gemuk Is Awesome tersebut.

Kevin Zahri Sedia Untuk Bantu Abam Bocey - ROTIKAYA

“My sincere offer kepada Abam Bocey, mana mana selebriti tanah air dan para pembaca pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya sedia untuk membantu anda, InsyaAllah,” tambahnya lagi.

Mungkin Abam Bocey kini lebih selesa dengan imej yang dibawa namun jika suatu hari terbuka hati untuk membuat perubahan lebih awesome, anda tahu siapa yang anda mahu panggil. (rtky/m)