fbpx

Ketumbuhan Di Pipi, Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

Setelah menderita sekian lama dari penyakit ketumbuhan pada pipnya, pelakon veteren Sidek Hussain disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 11.55 malam tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 22 April lalu setelah keadaannya semakin tenat dan dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap ke-4 selain beberapa kompilasi penyakit lain.

Sidek Hussain 63 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Sebiah Sulaiman 61 tahun.

Sebelum ini allahyarham pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pembedaham namun pihak doktor telah membatalkan pembedaham kerana pembedahan tersebut berisiko tinggi.

Takziah buat keluarga Sidek Hussain dari kami. al-Fatihah. (rtky/bsr)