fbpx

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam berkata yang beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada aktress Zahida Rafik yang di’dakwa terlibat dalam skandal bersama menteri.

Zuraida Kamaruddin sebelum ini mendakwa Zahida Rafik telah menerima bayaran sejumlah RM1.5 juta daripada seorang ahli politik bergelar menteri sepanjang hujung tahun lepas.

Surat tuntutan guaman itu meminta Ketua Wanita PKR tersebut berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida Rafik dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya dan mengapa pelakon ini menggunakan peguam UMNO sebagai peguam?”, ujar ahli parlimen Ampang ini kepada Malaysia Kini

Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan membuat dakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak menolak kemungkinan untuk membuat satu sidang akhbar khas untuk kemukakan bukti & saksi yang terlibat.