Oleh RotiKaya Staff pada
10 September 2012, 12:09AM

Oleh: Zarul Umbrella

“Apa? Ahli muzik?! Pantang datuk nenek aku bermenantukan ahli muzik!”

Aku rasa pasti korang ingat pada dialog diatas yg dipetik dari filem P.Ramlee berjudul ‘Ibu Mertuaku’. Dialog tersebut sedikit sebanyak telah meletakkan kerjaya pemuzik/penyanyi di kasta yang paling bawah sekali ketika itu.

Di zaman filem itu diterbitkan mungkin dialog tersebut masih relevan, tetapi dizaman sekarang ini pada aku ianya sudah tidak berapa relevan lagi. Kerjaya menyanyi & pemuzik zaman ini sebenarnya lebih terjamin.

Kerjaya seni dizaman ini sama seperti kerjaya profesional yang lain. Kini banyak IPTA/IPTS menawarkan kursus kursus seni dan persembahan untuk mereka yang berminat.

Namun begitu seperti kerjaya yang lain dalam masyarakat hari ini, penglibatan dalam dunia muzik dan nyanyian juga memiliki risiko tersendiri yang perlu di’hadapi.

Setiap kerja yang dilakukan dengan penuh dedikasi, sentiasa meningkatkan mutu kerjaya dan menambah ilmu dalam bidang yang diceburi insyaAllah boleh berjaya walau dalam bidang apa pun.

Kini artis dibayar dengan bayaran yang agak setimpal dan tidak keterlaluan jika aku katakan bayaran yang agak mewah. Menurut sumber yangg boleh dipercayai bayaran yg diterima oleh artis popular boleh mencapai sehingga RM12,000 untuk setengah jam persembahan, kalau sudah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) dan menang ianya boleh capai RM20-RM30k untuk setengah jam ke sejam persembahan.

Selain dari bayaran untuk persembahan, bayaran untuk sebarang penajaan juga boleh tahan mewahnya ketika ini. Berapa? Itu anda perlu cari sendiri.

Bayaran tahunan untuk royalti juga memberangsangkan jika artis mempunyai koleksi lagu2 popular yang banyak. Penyanyi & penulis lagu seperti M.Nasir, Yuna, Najwa Latif, Noh Hujan, Ajai adalah beberapa nama yang sentiasa score tiap kali imbuhan royalti diumumkan dan barang diingat, bayaran royalti ni akan sentiasa dibayar sampai bila bila dan boleh diwarisi oleh anak cucu.

Mungkin ada yang berkata, artis sedang popular memang boleh buat duit tetapi berapa lama boleh tahan populariti itu? Ya, memang ada benarnya. Pada pendapat aku, masa sedang popular adalah masa untuk kumpul duit sebanyaknya — mulakan perniagaan, melabur dalam hartanah atau sebagainya. Lihat sahaja pada Mawi, walau pun kini sudah kurang popular namun masa hadapan beliau sudah terjamin — saya kira.

Kesimpulannya disini, kerjaya seni dizaman ini bukan satu kerjaya yang boleh dipandang rendah kerana kerjaya seni kini sama juga tarafnya dengan kerjaya profesional yang lain seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...