fbpx

Kerap Dukung Siti Saleha Buat Aaron Aziz Sakit Bahu

Pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu sebelum ini, Aaron Aziz menjelaskan pengalaman mendukung Siti Saleha ketika penggambaran Cinta Paling Agung merupakan sesuatu yang sukar dilupakan.

BACA: Aaron Aziz Nafi Babak Pegang Bra Adegan Lucah

Menurut Aaron, sebelum ini dia pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu dan kesakitan itu semakin bertambah apabila dia melakonkan babak tersebut kerana perlu mendukung Siti Saleha dari ruang tamu sehinggalah ke bilik tidur.

Malah, rumah tersebut yang cukup luas sudah membuatkan Aaron ‘ngeri’ apatah lagi jarak antara ruang tamu dan bilik tidur begitu jauh lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa mendukung aktres cantik itu sambil menaiki tangga.

Semoga Aaron cepat sembuh sepenuhnya daripada sakit bahu dan dapat terus meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Atau mungkin Siti Saleha yang perlu turunkan berat. Gurau saja. (rtky/s)