fbpx

Kerana SMS Rahsia, Azza Elite Dipukul Teman Lelaki Di Rumah Sendiri

Jam 7 petang semalam, Azza Elite membuat laporan polis berhubung satu SMS yang berbaur ugutan yang di’terima.

Azza Elite membuat laporan polis berhubung SMS tersebut kerana takut rahsia peribadinya bocor kepada orang ramai & teman lelaki’nya sendiri.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu. (Harian Metro)

Jam 4.30 pagi tadi, polis menerima panggilan telefon dari Azza Elite yang mendakwa di’pukul teman lelaki, Farhan (Firhan) di’rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa.

Polis bergegas ke rumah Azza Elite & mengiringi beliau bersama teman lelakinya ke balai polis & mereka masih bertengkar walaupun berada di’sana.

“Dia dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian dia dipukul teman lelaki, namun enggan berbuat demikian,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Mungkin Azza Elite masih sayangkan teman lelaki’nya & ada sedikit kemusykilan timbul di’hati kami.

Farhan (Firhan) masih berada di’rumah Azza Elite pada jam 4.30 pagi & pihak polis menghantar beliau ke sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Adakah teman lelaki Azza Elite ini sememangnya tinggal di’rumah Azza Elite & tidak mempunyai kediaman sendiri di Kuala Lumpur?