fbpx

Kerana Kopi Percuma, Fizo Omar Dikecam Lagi

Selepas video orang ramai berebut tudung keluaran terbaru Fareeda tersebar, terbaru Fizo Omar dan isteri sekali lagi menghangatkan suasana apabila sebuah video menunjukan orang ramai berasak merempuh pagar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru mereka, kopi FizoMawar.

BACA: Fizo Omar Akui Memang Ada Pelanggan Yang Dibayar

Dikhabarkan kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.

Berikutan itu sebuah video telah dimuat naik di laman Facebook menunjukan orang ramai, bercampur lelaki perempuan mula bertindak ganas dengan mengasak dan merempuh pihak RELA yang menjaga kawasan terbabit untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.

Bagaimanapun, penyebaran video berkenaan sekali lagi mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan sistem pemasaran pihak Fareeda yang tidak berubah sejak isu panas tudung Fareeda tempoh hari. Malah ramai juga yang mengatakan bahawa pihak pengurusan Fareeda seolah-olah tidak serik dengan insiden itu.

Namun begitu, setakat ini pihak Fareeda mahupun Fizo Omar sendiri masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini. Diharap selepas ini pihak pengurusan Fareeda mungkin boleh memikirkan cara yang lebih efektif dan sistematik untuk memasarkan sesuatu produk terbaru sebelum berterusan menjadi bahan kritikan. (rkty/w)