fbpx

Dengan menggunakan alasan yang beliau bukannya bergelar seorang selebriti, suami kepada Sari Yanti enggan untuk mengulas lanjut tentang isu penceraian mereka yang kini sudah sampai ke tahap proses di mahkamah.

Mohd Edy Casmadi Che Hussin yang kini berusia 34 tahun meminta supaya semua media tidak bertanyakan kepada dirinya tentang keretakan rumahtangga beliau bersama Sari Yanti dan berkata tidak mempunyai sebab untuk memberikan kenyataan kerana bukan seorang selebriti.

BACA: Sari Yanti Disahkan Fail Cerai 25 Februari Lalu, Gagal Hadir Ke Mahkamah

“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang berikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya kepada mStar Online.

Mohd Edy hadir di Mahkamah Syariah Seremban bagi sebutan permohonan kembali taat & nusyuz yang difailkan terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.

Kegagalan sampaikan surat saman secara terus walaupun Sari Yanti telah dimaklumkan tentang tuntutan ini menyebabkan peguam Mohd Edy, Munirah A. Bakar memohon di mahkamah supaya penyampaian surat saman dapat dibuat secara tampalan di rumah pelakon itu di Kuala Pilah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Gambar & Artikel Ihsan: mStar Online