fbpx

Kenaikan Harga Minyak, Fizo Omar Nasihat Rakyat Kerja Lebih Kuat

Satu Malaysia merungut sebenarnya apabila harga bahan api RON 95 yang digunakan saban hari meningkat harganya sebanyak RM0.20, satu peningkatan yang mendadak jika ditanya kepada kami yang buta ekonomi ini.

BACA: Harga Petrol RON 95, Diesel Naik 20 Sen Bermula 2 Oktober

Salah seorang selebriti yang memberikan reaksi kepada kenaikan harga petrol hari ini adalah Fizo Omar yang menyarakan supaya masyarakat bekerja lebih keras dan kreatif dalam mempelbagaikan sumber pendapatan untuk menampung kos sara hidup.

“Ini antara reaksi kebanyakkan rakyat Malaysia, ada yang bersikap negatif dan tidka kurang juga menyindir langkah terbaru ini menerusi laman sosial. Melihat kepada perkembangan ini, dari sudut positif yang perlu kita ambil ialah berusaha dengan lebih kuat dan gigih bagi memastikan sebarang kenaikan taraf hidup ini dapat dihadapi dengan pengurusan kewangan yang lebih efisien. Kerahkan idea kreatif kita untuk mempelbagaikan sumber pendapatan diri dan juga keluarga,” tulisnya.

Namun, status yang dimuat naik ke laman Instagram itu telah diturunkan oleh Fizo Omar selepas ia mendapat kritikan pedas dari para pengikut beliau yang kurang berpuas hati dengan saranan itu.

Ada juga betulnya kata Fizo Omar namun kita juga harus terima hakikat yang tidak semua orang punyai peluang sama rata untuk bekerja keras dan meraih pendapatan lumayan ‘kan? (rtky/m)