fbpx

Kena Perli – Aliff Aziz Nyaris Tumbuk Pengacara Wanita

Boleh tahan juga cepat marah penyanyi bernama Aliff Aziz ini namun apabila membaca sebab kenapa selebriti ini naik angin, masuk akal juga — sesiapa pun boleh hilang pertimbangan.

Menurut Aliff Aziz sendiri, dalam satu persembahan baru baru ini seorang pengacara wanita bertindak tidak professional dengan mengutuk & memerli beliau di’atas pentas sebelum tampil membuat persembahan.

Memang saya sangat bengang dengan pengacara wanita yang mengendalikan sebuah persembahan baru-baru ni. Kalau ikut marah memang rasa nak tumbuk sahaja tapi tak mungkin saya buat macam tu.

“Dalam sebuah acara baru-baru tu, sementara nak umum saya menyanyi, dia boleh kutuk dan perli saya macam-macam. Katanya lagu saya yang satu saja popular dan macam-macam kutukan yang buat saya panas hati”

“Masalahnya apa yang dia cakap tu memang menyakitkan hati saya dan memang tak bertimbang rasa. Kalau nak buat lawak pun biarlah kena pada tempat,” ujar Aliff Aziz menjelaskan situasi.

“Bukan main hentam keromo sampai buat saya rasa kurang senang dan tak ada mood. Jadi saya anggap pengacara macam ni tak profesional dan memang perlu banyak belajar untuk jadi orang yang hebat”