fbpx

Kekasih Syahrini, Bubu Disahkan Bukan Dari Kalangan Kerabat Selangor

Kekasih Syahrini, Bubu Bukan Kerabat SelangorEntah apa penyakit mendakwa diri datang dari kerabat Selangor yang tentu’nya senang untuk di’buktikan jika tidak benar. Ini kes kekasih baru kepada Syahrini, Bubu yang telah terbongkar rahsia’nya di’dada media Indonesia.

Bubu atau nama sebenar Raja Mohamad Syazni mendakwa sebelum ini yang beliau berasal dari keluarga kerabat Selangor & merupakan cucu kepada Sultan Selangor sekarang ini.

Hal ini telah sampai ke pengetahuan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan mengeluarkan titah mengatakan tidak mempunyai cucu dengan nama seperti di’dakwa Bubu.

Selain itu, penggunaan awalan nama Raja oleh Bubu — yang biasanya di’gunakan oleh kerabat Perak sudah menunjukkan kejanggalan kerana Selangor menggunakan nama Tengku.

Menurut sumber lagi yang bercakap kepada detikHot mengatakan Sultan Selangor tidak mempunyai cucu sebaya Bubu. Pandai pandai’lah hendak jawab kepada media juga khas’nya Syahrini selepas ini ya Bubu?