fbpx

Kekasih Restu Kerjaya Atikah Suhaime, Belum Ada Niat Kahwin

Pelakon yang sedang meningkat naik, Atikah Suhaime memberitahu kekasihnya turut menyokong akan kerjayanya dalam bidang seni, bagaimanapun untuk dia melangkah ke alam perkahwinan masih belum difikirkannya lagi kerana masing-masing fokus terhadap kerjaya.

“Belum terfikir untuk berkahwin buat masa sekarang ini, tetapi kita tak tahu rezeki macam mana. Kalau boleh nak stabilkan kerjaya dahulu”

BACA: Ammar Alfian, Atikah Suhaime Nafi Terlibat Video Lucah

“Kekasih saya pun turut memberi sokongan dengan apa yang saya lakukan sekarang ini, kami berdua masing-masing fokus kepada kerjaya terlebih dahulu,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Kipidap Selamatkan Hari Jadi.

Dalam pada itu, Atikah Suhaime yang pernah dilanda kontroversi bersama Ammar Alfian suatu ketika dahulu, turut mengucapkan tahniah kepada pelakon lelaki itu kerana telah pun berkahwin.

“Tahniah saya ucapkan kepada dia,” ujarnya ringkas yang turut tidak mahu lagi dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berbadan sasa itu.

Sementara itu, Atikah turut memegang watak utama dalam filem Kipidap Selamatkan Hari Jadi yang turut bergandingan bersama Hafreez Adam serta penampilan khas, Ayahanda Rani Kulup yang bakal ditayangkan pada 17 Mac 2016. (rtky/h)