fbpx

Keith Foo Rancang Berkahwin Tahun Hadapan

Status pelakon ini yang kini merupakan tunangan orang pun sebenarnya masih ramai tidak tahu atau mereka berpura pura terkejut tidak dapat menerima kenyataan yang pelakon lelaki kegemaran mereka kini milik orang lain. Heh.

Mula popular dengan drama bersiri Ariana Rose, Keith Foo mengakui yang dirinya kini sudah pun bersedia untuk menempuh alam rumahtangga dan merancang untuk berkahwin dengan tunangnya sekitar tahun hadapan menurut laporan Sinar Harian.

BACA: Keith Foo Selamat Bertunang Dengan Kekasihnya, Kim

“Umur semakin meningkat dan rasanya saya tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk bertukar status. Perancangan telah dibuat dan saya harap semuanya berjalan lancar,” jelasnya.

Keith Foo turut berkata yang beliau tidak bimbang akan penerimaan peminat terhadap dirinya jika berkahwin kelak kerana percaya peminat bijak memilih bakat.

“Sekarang peminat menilai kita dari sudut kebolehan dan bakat lakonan bukan kerana rupa semata mata. Ramai artis yang berkahwin masih mencipta populariti dan nama dalam bidang ini Saya yakin, jika itu yang menjadi pilihan peminat, saya akan terus diterima,” tambahnya. (rtky/m)