fbpx

Kehadiran Anak Ubah Hidup Eina Azman

Pelakon Eina Azman yang baru 2 bulan melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan menjelaskan kedua-dua anaknya itu mengubah rutin sehariannya kerana terpaksa bergilir bersama suami serta pengasuhnya siang dan malam.

BACA: Karl Kareef, Arianna Aubrey Nama Anak Kembar Eina Azman

“Saya akan mula menjaga sepenuhnya apabila ketika waktu malam kerana mereka tidak mahu tidur lebih-lebih lagi apabila bermulanya jam 3 hingga 8 pagi. Selepas itu barulah saya boleh tidur sekejap”

“Saya bergilir bersama suami, tetapi kalau siang atau ke mana pengasuh yang akan menjaga mereka. Saya tidak berdiet dan mungkin tidak cukup tidur membuatkan berat badan turun. Sebelum ini berat badan mencecah 83 kilogram dan sekarang turun kepada 55 kilogram,” ujarnya kepada Rotikaya yang ditemani suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Sementara itu, Eina memberitahu dia begitu rindu kepada dunia lakonan. Tetapi buat masa sekarang dia harus memfokuskan diri pada keluarga dan anaknya terlebih dahulu sebelum aktif semula dalam dunia lakonan.

“Insya-Allah tunggu baby besar sedikit, mungkin lepas raya. Suami saya tidak menghalang untuk berlakon tetapi ada batas-batasnya,” katanya ringkas. (rtky/h)