fbpx

“Jika Agama Jadi Penghalang, Saya Akan Berundur”

Kisah percintaan jarak jauh antara Raja Ilya bersama kekasihnya yang berasal dari Eropah, membuatkan pelakon ini tidak mahu terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujangnya malah dia hanya mampu menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Tuhan.

BACA: Demi Watak, Raja Ilya Tidak Kisah Tayang Perut

“Saya masih ada lagi bersamanya cuma masing-masing sibuk dan belum mahu mengakhiri zaman bujang,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).

Tambahnya lagi, walaupun sudah meningkat usia, ibubapanya tidak pernah memaksanya untuk berkahwin. Kekasihnya pula, bukanlah seorang yang beragama Islam, pun begitu hubungan mereka baik walaupun hanya bersua melalui Skype.

“Hubungan saya sangat complicated di mana dia seorang yang kuat agamanya, tetapi hubungan kami berjalan dengan baik. Dia seorang yang open minded malah dia lebih tahu agama Islam daripada saya sendiri,” katanya.

Raja Ilya turut berkata sekiranya agama menjadi penghalang kepada percintaan mereka, dia bersedia untuk mengundurkan diri.

“Kalau agama menjadi penghalang, mungkin saya akan berundur. Apa-apa pun kalau ada jodoh, adalah,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)