fbpx

Kaka Azraff Bercinta Dengan Awi Rafael?

Sering kali dilihat bersama, nampaknya Kaka Azraff dan Awi Rafael tidak dapat lari daripada soalan sama ada mereka sedang menjalin cinta atau pun sebaliknya. Tidak mudah melatah, Kaka menjelaskan kepada mStar Online tentang status hubungan mereka.

BACA: Kaka Azraff Nafi Kini Sedang Dilamun Cinta

“Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham. Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi”

“Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja,” katanya yang mengakui turut selesa bekerja bersama Awi Rafael. Gandingan mereka di dalam pertandingan Duo Star juga membuatkan peminat seperti dapat mengagak apa yang berlaku.

Peminat Kaka dan juga Awi seperti dapat menerima pasangan ini jika mereka bercinta namun bak kata Kaka, tiada apa yang berlaku di antara mereka, sekadar rakan biasa. (rtky/s)