fbpx

Kad Kahwin Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Tarik Perhatian Ramai

Jika tahun lalu Neelofa meraikan hari jadinya dengan kek bertatah kristal Swarovski bernilai RM6,000, kini giliran kakaknya pula, Noor Nabila. Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik kad jemputan hari perkahwinannya yang juga bertatahkan batu Swarovski.

BACA: Neelofa Tidak Setuju Cara Sharnaaz Ahmad

Kad jemputan yang kelihatan sangat ekslusif itu telah menarik perhatian orang ramai yang memuji kecantikan kad tersebut. Malah ada juga yang mendoakan jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat, selain mencemburui kad jemputan perkahwinan yang mewah itu.

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah bercinta selama dua tahun. Kemudian sekitar Disember lalu, Sharnaaz Ahmad telah menghantar rombongan merisik ke kediaman Nabila. Manakala 31 Mac ini bakal menyaksikan sebuah lagi perkahwinan selebriti yang tidak kurang hebatnya.

Kalau kad jemputan pun sudah mewah, apatah lagi hari perkahwinan nanti. Pasti ramai yang tidak sabar melihat Sharnaaz dan Nabila naik ke jinjang pelamin, pasti gah dan meriah majlis itu nanti. Apapun semoga segala persiapan dan perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar. (rtky/w)