fbpx

Juliana Evans Teliti Memilih Teman Hidup

Pernah digosipkan bersama dengan penyanyi rap Sona One namun menafikan perkara tersebut, Juliana Evans mengakui hatinya kini tidak diisi dengan mana-mana lelaki. Tidak mahu terburu-buru, dia mengakui mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya dahulu ketika ini.

BACA: Sam Bunkface Kahwin, Juliana Evans Tumpang Gembira

“Saya belum ada teman lelaki. Nanti dululah semua itu. Bukanlah saya ni sukar didekati. Saya ada keluar dengan beberapa lelaki tapi orangnya tak sesuai. Kali ini, kalau saya mahu ada teman lelaki, saya perlu betul-betul kenal hati budi masing-masing dahulu,” kata Juliana dipetik daripada portal Mangga Online.

Selain menjelaskan bahawa Sona One hanyalah rakan biasa di dalam hidupnya, Juliana dalam masa yang sama turut tumpang gembira di atas perkahwinan bekas kekasihnya, Sam Bunkface, yang berlangsung baru-baru ini.

Apa-apa pun, kami pasti satu hari nanti pasti akan ada lelaki yang berjaya menawan hati Juliana. Bagus juga ketika ini jika Juliana mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu sebagai jaminan untuk masa hadapan. (rtky/s)