fbpx

Juliana Evans: Spekulasi Cinta Hanya Usikan Kawan Kawan

Kecoh sebentar dunia hiburan apabila Juliana Evans didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi rap, Sona One. Perkara tersebut mula menjadi buah mulut berpunca daripada usikan rakan-rakannya yang lain di laman sosial Instagram.

BACA: Juliana Evans, Sona One Bercinta

Sudah boleh menjangkakan spekulasi seperti ini akan berlaku, Juliana menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakui jika sesuatu gosip itu benar.

“Saya jenis yang akan cakap terus terang jika perkara itu betul. Biasanya saya tidak ada masalah untuk mengaku cuma untuk gosip ini, memang tak betul”

“Saya sudah agak benda ini akan jadi bualan. Bila saya kongsi gambar kami di media sosial, saya sudah tahu hal ini akan timbul. Hakikatnya saya sudah kenal dia lama. Sejak dulu lagi, sebelum saya sambung belajar ke Amerika Syarikat, kami memang berkawan rapat,” jelasnya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Sona One pula menyifatkan gosip tersebut sebagai lucu dan tidak logik malah turut memberitahu bahawa dia sudah berkawan lama dengan Juliana tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta. (rtky/syfq)