fbpx

Juliana Evans Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Adakah perkongsian gambar Juliana Evans bersama seorang jejaka di Instagram baru-baru ini membawa maksud bahawa pelakon manis jelita ini sudah bersedia untuk mendedahkan cinta hati atau mungkin mereka hanya berkawan rapat sahaja. Hanya empunya badan yang mengetahui segalanya.

BACA: Juliana Evans Belum Terdesak Mahu Kahwin

Juliana Evans Bercinta Dengan Kerabat Diraja? - ROTIKAYA

Desas desus mengenai perkara berkenaan timbul apabila dia berkongsikan gambar jejaka berkenaan ketika bersama dalam satu majlis di hotel terkemuka di Shah Alam baru-baru ini. Bagaimanapun tiada caption pada gambar tersebut turut menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan pengikut dan peminatnya di Instagram.

Sementara itu, melalui forum CARI, khabarnya jejaka yang boleh tahan kacaknya itu datangnya dari kerabat diraja. Malah ada juga peminat yang mengusik apabila jejaka berkenaan bergambar sambil meletakkan tangan di bahu Juliana Evans.

8- Juliana Evans Bercinta Dengan Kerabat Diraja? - ROTIKAYA

Apa yang kami tahu, sebelum ini Juliana Evans pernah menolak untuk berkahwin dengan pemain bola selain tidak mahu tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini. Tapi itu yang dia kata dululah. Jika mahu kahwin dalam masa terdekat pun, pastinya niat itu akan diiringi doa oleh peminat. (rtky/s)