fbpx

Julia Ziegler Nikah Jurutera Kimia Tahun Ini

Hanya mahu bakal suaminya dikenali dengan nama Johan, nampaknya pelakon Julia Ziegler sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Malah katanya kedua dua keluarga sudah pun berteu dan kini sedang memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis.

BACA: Julia Ziegler Putus Cinta, Kini Mahu Fokus Kerjaya

“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan”

“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama. Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka”

“Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” cerita Julia kepada portal Insta Online.

Semoga majlis perkahwinan Julia dan bakal suaminya yang juga merupakan seorang jurutera kimia tersebut akan berlangsung dengan baik serta dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)