fbpx

Jom Nikmati Budaya Amerika Selatan Di Fiesta Divo @ Damansara North

Nak terbang jauh jauh ke Amerika Selatan memang bukan pilihan terbaik ketika ini jika mahu menikmati budaya orang Amerika Selatan ‘kan?

Haa, kalau anda terfikir mahu luangkan satu hari untuk dalami selok belok gaya hidup mereka di Amerika Selatan, festival bertemakan segalanya Amerika Selatan, Fiesta De Divo yang akan dianjurkan oleh DIVO@Damansara North wajib anda kunjungi.

Bakal berlangsung pada 18 Disember 2016 ini di Galeri Penjualan DIVO (The Zizz Sales Gallery), festival penuh kemeriahan sepanjang satu hari ini akan membawa anda mendalami budaya Amerika Selatan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Bila sampai di sini, kita semua boleh layan tarian dari Amerika Selatan seperti Capoeira dan Tango. Bukan selalu kita boleh lihat tarian sebegini di hadapan mata ‘kan?

14991793 - pair of female capoeira practitioners performing with group

Bukan sekadar aktiviti, anda dan keluarga juga boleh mengisi perut dengan pelbagai makanan enak yang dihidangkan oleh Babaritos Food Truck yang hadir antaranya cheese burgers, churros, burrito mexicano, nachos & cheesy fries. Minuman sedap pun ada termasuklah mix fruits drink & air kelapa (coconut drink). Yummy!

tumblr_n4wltq35ma1s1q8pio1_500

manfaat-air-kepala-ijo-untuk-kecantikan-wajah-dan-rambut

Ada juga booth untuk anda cat muka (face painting) bertemakan festival ini selain pelbagai pertandingan dengan hadiah menarik untuk anda menangi seperti pertandingan makan cili pedas, Football Mania dan cabutan bertuah!

Jika anda datang dengan keluarga dan anak anak, mereka pasti suka dengan aktiviti demo membina pinata mereka sendiri atau lebih baik pecahkan satu untuk kepuasan hati.

42308649 - children hitting pinata at birthday party

Bukan itu sahaja, untuk aktiviti lebih santai bersama anak anak, mereka turut anjurkan aktiviti seni pasir (sand art) berwarna warni yang pastinya akan cukup menghiburkan dan menyerlahkan daya kreativiti anak anak kita.

229

Ada juga pertandingan khas yang menawarkan pelbagai hadiah hebat seperti Football Mania dan pertandingan makan cili pedas. Manriknya, anda turut boleh menangi Samsung Gear VR untuk dibawa pulang.

Dan yang lebih penting, anda boleh menang percutian ke Amerika Selatan selama 17 hari bernilai RM60,000 jika anda hadir ke festival ini dan menjadi salah seorang pemilik unit bertuah di Divo @ The Zizz, Damansara North.

Pembeli unit bertuah layak memasuki cabutan bertuah untuk percutian dua orang ke Amerika Selatan.

Mana tahu rezeki anda boleh jejak ke bumi Amerika Selatan betul betul pula selepas ini. Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan sila kunjungi Facebook Divo – The Zizz https://www.facebook.com/divothezizz/ atau sila hubungi 03-61512999 atau 016-3331199.

Fiesta Divo @ Damansara North
Tarikh: 18 Disember 2016 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi: The Zizz Sales Gallery, Jalan PJU 10/1A

(Google Maps / Waze)

463c2a33383e7902f0074518b52c3399
Masuk adalah PERCUMA!

screen-shot-2016-10-13-at-12-03-21-pm