Jom Meriahkan BN Youth Music Hujung Minggu Ini Bersama Barisan Artis & Selebriti

Jika anda masih tidak perasan akan logo rasmi BN Youth Music di’sebelah ini yang muncul sejak seminggu yang lalu, ini entri khas untuk anda yang belum tahu.

Rotikaya.com berbesar hati untuk bergelar rakan media online rasmi untuk festival muzik buat anak anak muda anjuran Pemuda BN ini dan menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan anda hadir.

BN Youth Music yang bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru di’kalangan remaja Malaysia akan mengadakan saringan semi final pada 3 Mac 2012.

Peringkat akhir akan di’adakan pada 4 Mac 2012 dengan menampilkan 12 orang peserta terpilih dari saringan separuh akhir dan acara kemuncak adalah kehadiran Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. 

Bukan itu sahaja, beberapa program menarik telah di’atur sepanjang dua hari berlangsung’nya BN Youth Music ini termasuklah kemunculan artis & selebriti terkenal seperti Ning Baizura, 6ixth Sense, Tam Spider, Jason Lo, Awan Band, Zed Zaidi, Natasha Hudson & Carleed Khaza.

Jangan lupa, 3 & 4 Mac 2012 bermula jam 10.00 pagi sehingga lewat di The Curve, Mutiara Damansara. Jumpa anda semua di’sana, yeahh!

Related Posts
Categories
Tag
  • Rahmat Mega says:

    buat hiburan untuk orang muda, dah tua nnti buat ape lak.

  • Anonymous says:

    Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

    “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”.

  • Muhammad Abdul Quyum says:

    sekadar hiburan bukan maksiat sampai nak kena kantoi… jgn sembang

Add Your Comment